Sunday, May 31, 2009

daun berwana emas














Daun berwarna emas ini dijumpai di sebuah gua di Jerantut sewaktu saya berkhemah berhampiran dengan gua tersebut.

Semasa aktiviti malam, saya bersama rakan masuk ke dalam gua selepas selesai aktiviti dala m perjalanan balik ke khemah, saya terjumpa daun berwarna emas tersebut di kawasan lapang gua tersebut (tiada sebarang pohon atau daun-daun lain).

Selepas satu tahun saya menyimpan daun ini, satu malam saya bermimpi tentang daun ini. Kemudiannya saya bertanya kepada orang yang arif tentang alam bunian. Daun ini mempunyai banyak rahsia-rahsia apa yang ada di dalam gua itu.

Di sini, saya ingin menawarkan daun emas ini kepada sesiapa yang berminat untuk menyimpan dan dijadikan sebagai koleksi peribadi. Harga yang saya letak untuk sehelai daun ini ialah RM 70,000.00



Untuk makluman semua - Daun ini telah diuji.
Pada mulanya saya tidak juga mempercayai daun ini mempunyai misteri tersendiri. Nasihat daripada kawan menyuruh saya untuk mrnguji daun berwarna emas ini sama ada emas atau bahan cat, penyembur berwarna dan lain-lain. Lalu saya membawa ke kedai emas berhampiran untuk diuji.
Setelah diuji saya diberitahu tidak terdapat apa-apa maklumat sah mengenai status daun ini. Wallahualam.











Setahun kemudian, saya kembali ke gua tersebut untuk melihat keunikan dan keindahan ciptaan Allah S.W.T. Semasa saya berada di dalam gua, saya mendengar ada orang memberi salam sebanyak tiga kali, lalu saya menjawab itu tetapi saya amat terkejut apabila tiada sesiapa yang kelihatan. Selangkah dua ke hadapan saya ternampak kelibat begitu ramai orang sekeliling seakan-akan berada di sebuah kota. Kemudian saya ternampak satu tempat yang sangat cantik dan saya terus ke sana, di situlah saya berjumpa dengan mangkuk ini.

No comments:

Post a Comment